Telur Puyuh Kicap Manis Mahsuri

Dah selalu makan telur ayam kan? Apa kata kali ini kita cuba resepi telur puyuh! Selalunya dimakan rebus, tapi dengan Kicap Manis Pedas Mahsuri, bertambah sedap sebab pedas-pedas sikit! Yang penting resepi ini mudah je nak masak. Jom cuba!

Prep Time

10 min.

Cook Time

25 min.

Total Time

35 min.

Type

Quick & Easy

Difficulty

Novice
Share on facebook
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on email
Share on telegram
Share on print

Ingredients

 20 Telur Puyuh (rebus)
 2-3 ulas Bawang Merah (ditumbuk)
 2 ulas Bawang Putih (ditumbuk)
 1 inci Halia (ditumbuk)
 1 biji Bawang Besar (dipotong)
 2 sudu besar Minyak Masak
 1 sudu besar Cili Boh
 ½ sudu besar Asam Jawa (tambah 2 sudu besar air)
 4 sudu besar Sos Kicap Manis Pedas Mahsuri
 1 Cili Besar (sebagai hiasan)

Instructions

  1. Panaskan air dalam periuk dan masukkan telur untuk direbus selama 10-12 minit. Kemudian, keluarkan telur dari air panas dan masukkan dalam mangkuk berisi air sejuk. Kupas telur dan ketepikan.
  2. Tumbuk atau kisar bawang merah, bawang putih dan halia. (Tambah satu sudu kecil air jika perlu).
  3. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan kisar sehingga wangi.
  4. Masukkan cili boh dan goreng sehingga pecah minyak.
  5. Kemudian masukkan asam jawa, dan masak sehingga mendidih.
  6. Masukkan Sos Kicap Manis Pedas Mahsuri dan bawang besar yang dipotong.
  7. Masukkan telur puyuh rebus dan gaul sebati.
  8. Hias dengan cili besar dan hidangkan.

More delicious ideas for you

Avocado Pesto Pasta
Seafood Padprik
Coconut Pandan Buns
Creamy Lemonade
X