Sizzling Yee Mee Mahsuri

Mesti ramai yang dah lama tak makan Sizzling Yee Mee sejak #PKP! Senang je nak masak di rumah sebenarnya… lagi lagi dengan Sos Berperisa Tiram Mahsuri dan Kicap Manis Pedas Mahsuri! Kami guna cast-iron skillet, tapi kalau guna kuali biasa pun boleh. Kepada yang dah lama mengidam tu, cuba lah hari ini

Prep Time

10 min.

Cook Time

15 min.

Total Time

25 min.

Type

Quick & Easy

Difficulty

Warrior
Share on facebook
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on email
Share on telegram
Share on print

Ingredients

 3 sudu besar Sos Tiram Mahsuri
 2 sudu besar Kicap Manis Pedas Mahsuri
 230ml Air
 3 sudu besar Minyak Masak
 1 sudu besar Tepung Jagung
 3 ulas Bawang Putih (dicincang)
 1 Bawah Merah (dicincang)
 180g Ayam Dadar
 4 Cendawan Shiitake (dihiris)
 2 Yee Mee
 1 biji Telur
 2 Baby Pak Choy

Instructions

  1. Untuk membuat sos, campurkan Sos Tiram Mahsuri, Kicap Manis Pedas Mahsuri dengan air.
  2. Dalam kuali, masukkan 3 sudu besar minyak & tumis bawang putih sehingga wangi. Setelah itu, masukkan bawang merah & teruskan menumis selama 3 minit.
  3. Masukkan ayam & masak selama 5 minit. Kemudian, masukkan cendawan shitake & campuran sos. Masak hingga mendidih (3min).
  4. Seterusnya, campurkan tepung jagung dengan 30ml air, kemudian masukkan ke dalam masakkan untuk memekatkan sos. Setelah sos memekat, angkat dari dapur.
  5. Rebus 200ml air di dalam periuk sehingga mendidih dan celurkan baby pak choy selama 1 minit, kemudian angkat & masukkan ke dalam air sejuk, toskan & ketepikan.
  6. Panaskan skilet “cast-iron” / pinggan “sizzling”, letakkan yee mee & tuangkan kuah di atasnya.
  7. Pecahkan 1 biji telur & tunggu sehingga separuh masak & letakkan baby pak choy.

More delicious ideas for you

Avocado Pesto Pasta
Seafood Padprik
Coconut Pandan Buns
Creamy Lemonade
X