Broccoli Noodles With Salmon
Sempena Hari Ibu hujung minsggu ini, Harith Iskander nak masak hidangan yang special untuk isterinya, romantic kan? Campak-campak dah siap hidangan “Broccoli Noodles with Soy Glazed Salmon”. Resepi ini jimat masa kat dapur sebab ada Sos Mahsuri! Masakan lambat jadi cepat.
Prep Time
10 min.
Cook Time
15 min.
Total Time
25 min.
Type
Quick & Easy
Difficulty
Novice
Share on facebook
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on email
Share on telegram
Share on print
Ingredients
3 sudu kecil Tepung Jagung (dicampur 3 sudu kecil air) | |
2 ulas Bawang Putih (dicincang) | |
3 sudu besar Sos Tiram Mahsuri | |
¼ cawan Air | |
1 sudu besar minsyak Masak | |
1 biji Bawang Merah saiz sederhana, (dihiris) | |
150g Lada Benggala Merah (potong 1 inci) | |
100g Brokoli (floret kecil) | |
300g Mi Telur Kering (direbus & toskan) | |
Soy Glazed Salmon | |
1/3 cawan Madu | |
3tbsp Kicap Manis Pedas Mahsuri | |
2 sudu besar Jus lemon | |
3 sudu besar minyak masak | |
240g Salmon fillet (tepung kering) | |
3 ulas bawang putih (cincang) |
Instructions
- Broccoli Noodles -
a. Masukkan campuran tepung jagung dengan 3 sudu kecil air di dalam mangkuk dengan bawang putih , sos tiram Mahsuri & air lalu ketepikan.
b. Tumis bawang merah & lada benggala selama 2-3 minsit dalam kuali dengan api yang tinggi dengan 1 sudu besar minyak. Masukkan brokoli dan terus masak selama 2 minit.
c. Masukkan campuran sos ke dalam kuali panas dan kacau sehingga campuran mendidih dan pekat.
d. Campurkan mi kemudian kacau rata, kemudian keluarkan mi & letakkan di atas pinggan. - Soy Glazed Salmon -
a. Campurkan madu, Kicap Manis Pedas Mahsuri & jus lemon di dalam mangkuk
b. Panaskan 2 sudu besar minyak di dalam kuali besar di atas api sederhana tinggi. Apabila minyak panas tetapi tidak berasap, letakkan salmon - lapisan kulit di bawah dan letakkan garam dan lada hitam.
c. Masak salmon hingga warna keemasan, kira-kira 3 minsit di setiap sisi. Masukkan baki 1 sudu minyak semasa membalikkan ikan.
d. Masukkan bawang putih ke dalam kuali dan tumis hingga wangi selama 1 minit. Salutkan salmon dengan campuran sos dan masukkan selebihnya ke dalam kuali.
e. Setelah masak, angkat dari kuali dan hidangkan bersama mi. (tambah hiasan)